Taklimat Advokasi Program Mentor Mentee
22 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2024, telah berlangsung Taklimat Advokasi Program Mentor Mentee. Taklimat ini berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga 10:30 pagi. Tujuan taklimat advokasi ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Ancaman Kandungan Internet kepada Kanak-kanak dan ibu bapa bagi Program Mentor Menter di bawah Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Negeri Perlis.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program Mentor Mentee ini adalah pengenalan program oleh urusetia kepada peserta dan ibu bapa yang terlibat. Selain itu, Staf NADI memberi taklimat advokasi kepada peserta dan diakhiri dengan sesi pertanyaan soalan. Program diteruskan dengan LDK di mana peserta akan mengenali mentor masing - masing dan akan membuat aktiviti bersama mentor sehingga tamat program.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memberikan pengetahuan tentang Ancaman Kandungan Internet yang semakin berleluasa dan kesan akibatnya kepada peserta. Selain itu, melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Negeri Perlis dan dapat memperkenal NADI serta fungsi NADI kepada peserta dan ibu bapa yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: